Selamat pagi, hari ini kami akan membincangkan tentang sains, teknologi dan inovasi. Teknologi internet telah membawa pelbagai kebaikan kepada manusia dan telah memulakan era globalisasi yang baharu. Ramai orang berpendapat bahawa internet adalah sesuatu keburukan kepada manusia dan boleh meninggalkan kesan negatif kepada manusia. Pada pendapat saya, kebaikan dan keburukan internet bergantung kepada pengguna.

Kebaikan yang jelas ialah maklumat dapat diterima atau disebarkan dengan cepat dan mudah. Berita yang penting seperti kemangkatan raja atau bencana alam dapat disebarkan ke seluruh dunia. Sudah tentulah berita palsu dapat disebarkan, tetapi berita yang benar lebih banyak disebarkan.

Internet juga telah memberi peluang untuk berkomunikasi kepada orang lain yang berada di mana-mana penjuru dunia. Maklumat tentang Budaya dan adat di sekitar dunia boleh diakses di hujung jari sahaja. Kita boleh berkongsi maklumat dengan rakan-rakan kita yang berada di diseluruh dunia. Kita juga dapat berkongsi pendapat tentang isu-isu dunia.

Selain itu, internet telah memudahkan pelajar untuk meneruskan pembelajaran di rumah. Guru boleh memberi tugasan melalui pelbagai cara seperti WhatsApp dan Telegram. Pelajar pula boleh mencari maklumat yang berkaitan untuk menyiapkan tugasan-tugasan tersebut. Pelajar juga dapat menghadiri kelas-kelas yang diadakan secara dalam talian atau menonton video yang disediakan oleh guru.

Akhir sekali, individu atau organisasi dapat mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Hal ini dapat membantu ramai orang untuk mendapatkan pendapatan walaupun berada dirumah. Dalam masa yang lain, pengguna dapat membuat pembelian atas talian. Hal ini memudahkan orang sakit untuk membeli barangan tanpa pertolongan orang lain

Kesimpulannya, ciptaan internet ialah jejak langkah yang besar manusia telah lalui. Walaupun banyak kebaikannya, ramai orang yang tidak bertanggungjawab menggunakannya dengan niat yang tidak baik. Oleh itu, kita mesti menggunakan internet dengan berhemah dan cermat kerana guruh tidak berbunyi, malang tak berbau.